Betul ke susu soya tidak bagus untuk laki....???
mesti pelik kan....???.....tapi itu lah hakikatnya.
Jurnal Human Reproduction telah mengatakan pengambilan susu soya dalam kaum adam akan mengurangkan jumlah produksi sperma berbanding lelaki yang mengatakan "tidak" kepada susu soya.
Tetapi.....janganlah takut sangat....bukanlah langsung tidak boleh diminum.Apa yang perlu batasi pengambilangnya. (^_^)
Info Lekat
Monday, 5 November 2012
Sunday, 27 November 2011

Tajuk: Herbalis:Tujuh Remaja Sakti
Penulis: Hasbullah Abu Bakar
Terbitan: PTS Fortuna
Sinopsis: Selepas menyelesaikan misi mencari Bunga Purnama Biru, kali ini Syaid dan Hasran perlu mencari dan menyelamatkan tujuh remaja yang dikenali sebagai Hatadi.
Selain diburu oleh Pemburu Halilintar, ancaman lanun langit dan labah-labah gergasi turut membuatkan pengembaraan mereka semakin sukar.
Mereka juga perlu mendapatkan bantuan naga-naga dari Pulau Nagaras. Namun, naga-naga itu hanya dapat dikawal oleh keturunan penunggang naga yang dipercayai sudah tidak wujud di dunia ini.
Siapakah tujuh remaja misteri itu dan mengapa mereka diburu? Mampukah Syaid dan Hasran bersama rakan-rakan mereka menyelamatkan remaja-remaja itu? Seandainya pewaris penunggang naga masih hidup, mampukah dia membantu mereka?
Thursday, 1 September 2011
Teknik Berucap
1. Kepada siapa anda berucap. Anda mesti mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang bakal anda ucapkan. Selidiki beberapa maklumat seperti berapa ramai yang akan mendengar, purata umur, jantina, latarbelakang, serta pendidikan. Juga buat anggaran apakah jangkaan mereka terhadap ucapan yang bakal anda sampaikan. Kemudian, tetapkan matlamat daripada ucapan tersebut. Di akhir ucapan, apakah yang anda ingin capai? Bagaimana untuk menjadikannya lebih bermakna?
2. Apa yang anda akan berucap... lakarkan. Ianya merupakan konsep dan kerangka utama yang hendak disampaikan. Lakaran tidak perlu ditulis berjela-jela. Cukup sekadar dalam bentuk peta minda yang berupa beberapa patah kata ringkas untuk menggambarkan apa yang ada di kepala anda. Kemudian, senaraikan isi-isi penting yang hendak disampaikan. Susun mengikut kronolfi, kesesuaian dan keserasian. Tuliskan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca terutama apabila anda sedang berucap. Seeloknya, anda menaip dan mencetaknya di atas kad-kad kecil yang senang dipegang.
3. Gunakan bahasa yang mudah. Jangan terlalu bombastic dalam mengeluarkan kata-kata. Objektif pengucapan awam adalah untuk memastikan audien memahami mesej yang ingin anda sampaikan. Oleh itu, jangan kelirukan audien anda.
4. Practice make Perfect. Amalan ini dilakukan oleh ramai tokoh-tokoh hebat dunia. Terdapat banyak ruang untuk anda berbuat demikian. Anda boleh berlatih di hadapan rakan-rakan dan bertanya pendapat mereka. Jika anda rasa malu atau segan, anda boleh lakukannya di hadapan cermin, dan melihat sendiri prestasi diri. Cara lain ialah dengan menggunakan perakam suara atau perakam perakam video.
5. Gunakan bahasa badan yang positif. Berdiri dengan tegap dan tinggi. Kembangkan bahagian dada dapatkan postur badan yang positif. Elakkan daripada berpeluk tubuh, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan yang tidak sesuai. Anda juga perlu tahu untuk menggunakan gerak tangan yang bersesuaian dengan apa yang anda perkatakan. Letakkan tangan anda di sisi bila ‘tidak digunakan’.
6. Selitkan sesuatu yang ‘istimewa’ sebagai daya penarik. Ia adalah cara untuk ‘menarik’ perhatian audien untuk mendengar ucapan anda. Ia mungkin dalam bentuk lafaz ayat-ayat suci al-Qur;an, pantun, petikan-petikan buku, kata-kata tokoh, teka-teki, cerita ringkas, humor, gimik dan sebagainya. Jika anda pandai menggunakan taktik ini, anda tidak akan ‘kehilangan’ audien anda. Atau mungkin anda akan menjadi terkenal kerana trademark anda yang menonjolkan sesuatu yang ‘istimewa’ itu.
7. Hubungan mata dan mimik muka yang sesuai. Kekalkan hubungan mata dengan para audien. Sesuaikan mimik muka dengan isi kandungan ucapan anda. Dalam pengucapan awam, suara anda adalah audio dan wajah anda adalah visual. Jika muka anda kelihatan kaku dan dingin, sudah pasti audien akan merasa bosan. Di kala itu, anda akan melihat berduyun-duyun audien yang ‘malarikan diri’ dari anda.
8. Penutup yang menjadi memori audien. Cubalah untuk meninggalkan audien anda dalam keadaan mereka akan mengenangkan anda. Sudahkan ucapan anda ketika orang lain sedang seronok mendengarnya. Anda boleh menggunakan semula teknik ‘sesuatu istimewa’ seperti pada pembukaan tadi. Jangan berkali-kali berkata, "...ah, saya rasa tidak ada apa lagi yang ingin diucapkan..."tetapi terus menyebut beberapa isi penting. Itu dinamakan penutup yang membosankan. Jika anda asyik melakukannya, pendengar akan muak dan bosan terhadap anda. Alangkah ruginya jika anda berpisah dalam keadaan yang membosankan, bukan?
Perencah tambahan
Cuba cari dan dapatkan tempat-tempat yang suci atau tidak ada orang yang ramai. Contohnya ketika anda sedang memandu keseorangan. Berlatihlah seumpama anda sedang berada dalam situasi sebenar. Rakamkan, dan juga dengar secara teliti dan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang dikenal pasti.
Pencuci mulut
"Sentiasalah mengandaikan pada penghujung anda berucap, terdapat 5000 orang bangun dan menepuk tangan kerana idea dan ucapan anda." (Thomas Hegarty)
Cuba cari dan dapatkan tempat-tempat yang suci atau tidak ada orang yang ramai. Contohnya ketika anda sedang memandu keseorangan. Berlatihlah seumpama anda sedang berada dalam situasi sebenar. Rakamkan, dan juga dengar secara teliti dan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang dikenal pasti.
Pencuci mulut
"Sentiasalah mengandaikan pada penghujung anda berucap, terdapat 5000 orang bangun dan menepuk tangan kerana idea dan ucapan anda." (Thomas Hegarty)
Friday, 8 July 2011
Pengembaraan 5 Sahabat
Ada sebuah negara yang bernama negara Arakian.Penduduk disitu hidup aman dan damai. Diantara penduduk itu ada lima orang kawan yang bersahabat baik sejak kecil lagi iaitu Izzan, Haqq,Iqbal,Zulita dan Atiqah.
Pada suatu hari negara Arakian telah ditakluki oleh askar-askar negara Taplus.Penduduk disitu hidup merana kerana terpaksa memberi apa sahaja permintaan askar-askar itu.Jika mereka masih berdegil, mereka akan dibunuh. Lima orang sahabat tadi menanam cita-cita mereka iaitu untuk membebaskan peduduk Arakian daripada ditakluki.
Mereka tadi bukan la kanak-kanak biasa tetapi mereka adalah kanak-kanak sakti.Mereka pandai mengawal unsur-unsur yang terdapat di negara Arakian.
Monday, 6 June 2011
Makanan untuk meningkat memori
- Anggur (semua jenis anggur kecuali anggur hitam)
- Beri
- Kobis ungu
- Epal merah
- Terung
Buah-buahan yang mengandungi bahan aktif kuarcetin
- Bawang merah
- Brokoli
- Anggur hitam
- Aprikot
- Tomato ceri
- Tuna (tongkol)
- Tenggiri
- Makeral (kembung)
Kekacang yang mengadungi asid folik
- Kacang soya
- Kacang Pis
- Oren
- Bijiran sarapan yang di perkaya dengan asid folik
Saturday, 2 April 2011
Misi Purnama Biru

Tajuk: Misi Purnama Biru
Penulis: Hasbullah Abu Bakar
Terbitan: PTS Fortuna
Sinopsis: Kmbara dua beradik iaitu Hasran dan Syaid yg mncari Bunga Purnama Biru bgi merawat abg mereka,Hasbi yg d`serang penyakit Sirna Memori.Dua beradik ini bkn manusia biasa kerana mereka mmpunyai kelebihan tersendiri; Hasran cekap dan pantas dgn ilmu matematik nya manakala Syaid hebat dgn teknik Memori Fotografinya. Selain itu, mereka berdua juga boleh mengawal unsur-unsur sperti air,angin,api dan tanah; Hasran boleh mengawal unsur angin manakala Syaid boleh mengawal unsur air....
Hasran dn Syaid telah mmpunyai kwn baru stelah mreke memasuki Akademi Sains Hadwan yg juga mmpunyai keistimewaan tersediri iaitu Wei Hun yg ada keupayaan meramal dn Wani yg cekap mengawal unsur api.Di sana,Hasran dan Syaid dpt mmpelajari ilmu matematik bagi Hasran dan ilmu perubatan bagi Syaid.
Ketika mreka mncari Bunga Purnama Biru bersama-sama Wei Hun dan Wani,mereka telah menemui musuh-mush mereka yg ingin juga mndapatkan bunga itu. Namun mereka ttp berusaha utk mndptkn bunga itu. Mreke telah menggunakn kelebihan mereka utk melwn dgn musuh mereke. Berbagai-bagai cabaran yg telah mereke tempuhi utk mndptkn bunga itu.
Subscribe to:
Comments (Atom)
